Litigasi

Memilih Peguam Sivil yang Sesuai di Malaysia

Date
advocate and solicitor

Mencari peguam sivil yang sesuai adalah penting untuk memastikan keputusan terbaik untuk kes anda. Dalam artikel ini, kami menerangkan apa itu peguam sivil, perkhidmatan yang diberikan, dan cara memilih seseorang yang sesuai.

Memahami Peguam Sivil di Malaysia

Peguambela dan peguamcara di Malaysia memainkan peranan penting dalam proses kehakiman dan undang-undang dengan membantu klien dalam kes untuk mendapatkan keadilan. Dan apabila kita perhatikan peguam di Malaysia, kebanyakannya yang menyatakan sendiri sebagai peguam sivil, jenayah, syarie, dan lain-lain.

Secara amnya, perbezaan antara mereka adalah seperti berikut:

  • Peguam sivil

    Peguam ini mewakili dan membantu anak guam dalam kes sivil (jenis-jenis kes dan perkhidmatan akan diterangkan dengan lebih lanjut di bawah)

  • Peguam jenayah

    Mereka membantu dan mewakili anakguam dalam kes-kes di mana anakguam menghadapi pertuduhan jenayah.

  • Peguam syarie

    Mereka membantu anakguam dalam kes yang berkaitan dengan adat-adat dan undang-undang agama Islam.

    Peguambela dan peguamcara perlu memenuhi keperluan di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976, untuk menjadi seorang peguambela dan pegumacara dan keperluannya termasuklah memperolehi ijazah undang-undang dan lulus peperiksaan (biasanya untuk graduan dari universiti luar negara). Manakalah peguam syarie perlu menghadiri kursus yang berlainan.

    Selepas mereka diterima sebagai peguambela dan peguamcara, amalan mereka adalah di bawah badan induk, Majlis Peguam Malaysia. Dari perspektif klien, apa yang penting dalam mencari peguam sivil ialah bidang yang mereka kompeten dan mempunyai kepakaran untuk membantu pelanggan.

Perkhidmatan Peguam Sivil

legal services justice and lawBeberapa bidang dan perkara undang-undang di mana peguam sivil boleh menyediakan perkhidmatan termasuk di bawah:

  1. Perceraian

    Tugas peguam melibatkan memberikan nasihat undang-undang dan perwakilan kepada individu untuk perceraian dan menyelesaikan pertikaian dengan pasangan yang lain. Isu biasa termasuk hak penjagaan anak, nafkah dan pembahagian harta sepencarian. Walau bagaimanapun, ini tidak termasuklah perceraian oleh individu yang beragama Islam kerana ianya adalah di bawah perkhidmatan peguam syarie.

  2. Buruh

    Mereka juga menyediakan perkhidmatan mengenai undang-undang buruh. Kerja-kerja undang-undang ini termasuk memberi nasihat undang-undang tentang pengendalian pertikaian pekerjaan dan menyediakan dokumen undang-undang seperti kontrak pekerjaan.

  3. Korporat dan Komersial

    Tambahan pula, mereka juga bertindak sebagai penasihat undang-undang untuk syarikat dan memberikan nasihat undang-undang mengenai bidang seperti undang-undang korporat, undang-undang cukai dan undang-undang imigresen.

    Tambahan pula, mereka harus biasa dengan pihak berkuasa yang berbeza seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan undang-undang lain seperti undang-undang perkongsian.

  4. Litigasi

    Peguambela ini membantu mewakili klien di mahkamah di hadapan hakim untuk pertikaian undang-undang yang berunsur sivil. Mereka perlu mempunyai advokasi mahkamah yang baik untuk memberi hujahan yang kuat dan menyoal balas saksi semasa perbicaraan untuk memberikan representasi yang berkesan di mahkamah.

    Selepas perbicaraan di mana hakim telah menjatuhkan perintah, jika pihak lain yang kalah dan gagal mematuhi perintah tersebut, maka pihak yang menang boleh memohon kepada mahkamah untuk menguatkuasakan perintah tersebut. Kaedah penguatkuasaan biasa termasuk perintah garnisi, saman penghutang penghakiman dan prosiding pengkomitan.

    Sebaliknya, pihak yang kalah, atau peguam yang mewaklili mereka, boleh merayu terhadap keputusan itu ke mahkamah yang lebih tinggi, termasuklah Mahkamah Tinggi.  Mereka memainkan peranan yang besar dalam kes mahkamah dan sangat terlibat dalam kes itu; oleh itu, adalah penting bagi pihak yang terlibat untuk memilih peguam sivil yang berpengalaman.

  5. Bidang-bidang lain

    Bidang-bidang undang sivil lain termasuk perkhidmatan harta pusaka seperti menyediakan wasiat dan memohon pemberian geran probet atau surat kuasa mentadbir bagi pihak pemohon untuk mentadbir harta pusaka si mati.

Memilih Peguam yang Sesuai

advocate and solicitorAnda boleh mengikuti panduan di bawah untuk memilih peguam sivil yang sesuai:

  1. Menyemak reputasi dan ulasan

    Awak boleh menyemak reputasi firma guaman. Peguam atau firma guaman yang bereputasi sering mendapat maklum balas positif daripada pelanggan terdahulu. Anda boleh membaca ulasan atas talian tentang peguam atau firma guaman itu.

  2. Menghadiri perundingan undang-undang dengan mereka.

    Anda boleh meminta perundingan daripada firma atau peguam yang terpilih, dan semasa perundingan, anda boleh bertanya soalan yang akan membantu anda menilai kepakaran mereka. Soalan biasa termasuk bertanya tentang nasihat undang-undang mereka tentang cara menyelesaikan isu anda dan anggaran masa yang diperlukan.

    Juga, tanya tentang yuran dan jadual pembayaran mereka. Firma guaman dan peguam sivil yang baik akan dapat menjawab semua soalan ini.

    Sekiranya seseorang memerlukan bantuan guaman percuma, maka pemohon yang berlayakan boleh hadir ke Jabatan Bantuan Guaman yang berdekatan dengan membawa dokumen untuk mendapatkan bantuan guaman. Walau bagaimanapun, kes yang dikendalikan adalah terhad dan jabatan tersebut telah memperuntukkan bahawa terdapat keperluan yang perlu dipenuhi sebelum seseorang layak mendapatkan bantuan guaman percuama.

Kesimpulan

Kesimpulannya,  apa yang penting bagi pelanggan ialah mencari peguam sivil yang sesuai untuk membantu mereka. Jika anda memerlukan sebarang nasihat undang-undang, sila hubungi kami dan kami akan membantu anda.

Soalan Lazim

1. Apa itu peguam sivil?

Peguam sivil ialah seorang peguambela dan peguamcara yang memberikan khidmat undang-undang dalam kes sivil kepada anakguam. ini termasuklah menyediakan dokumen-dokumen dan mewakili anak guam dalam mahkamah bagi kes sivil.