Kenyataan Dasar Privasi oleh WenJie & Co.

(Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia)

Kenyataan Dasar Privasi

Kami, WenJie & Co., memberikan perhatian yang serius terhadap privasi anda. Kami meminta anda untuk membaca dasar privasi ini dengan teliti kerana ia mengandungi maklumat penting tentang perkara yang dijangka apabila kami mengumpul maklumat peribadi tentang anda sebagai pengguna dan bagaimana kami akan menggunakan data peribadi anda.

Dasar ini terpakai kepada maklumat yang kami kumpul mengenai:

·                       Pelawat-pelawat ke laman web kami;

·                       orang yang menjalankan perniagaan dengan kami/mendaftar untuk perkhidmatan-perkhidmatan dan produk-produk yang dipaparkan pada laman web kami; dan

·                       lain-lain yang menggunakan laman web kami untuk sebarang sebab lain.

Kebenaran

1.              Dengan mengemukakan maklumat peribadi anda, anda bersetuju untuk penggunaan maklumat tersebut seperti yang dinyatakan dalam polisi ini.

Notis dan Pilihan

2.              Sebarang data peribadi yang mungkin dikumpul melalui laman web ini termasuk tetapi tidak terhad kepada:

·               nama;

·               butiran-butiran perhubungan;

·               maklumat latar belakang termasuk pendidikan, status perkahwinan, dan kewarganegaraan;

·               maklumat kewangan;

·               maklumat tentang pihak-pihak ketiga yang butirannya anda mewakili dan waran bahawa anda diberi kuasa dan bahawa anda telah mendapat kebenaran daripada pihak ketiga tersebut untuk menggunakan dan/atau mendedahkan maklumat peribadinya kepada kami;

·               maklumat lain seperti yang diminta oleh kami.

3.              Sebarang data peribadi yang dikumpul dan/atau diproses hendaklah digunakan terutamanya berkaitan dengan:

·               pembekalan perkhidmatan-perkhidmatan dan/atau produk-produk yang ditawarkan di laman web ini dan untuk memproses sebarang pesanan-pesanan yang mungkin telah dibuat di laman web ini;

·               menyelenggara pangkalan data pengguna/pelanggan;

·               mempromosi, memasarkan, atau menawarkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kepada anda;

·               menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan pelanggan;

·               memastikan dasar-dasar perniagaan seperti dasar-dasar yang meliputi keselamatan dan penggunaan internet dipatuhi;

·               tujuan-tujuan operasi seperti merekodkan transaksi-transaksi, latihan, dan kawalan kualiti;

·               memastikan kerahsiaan maklumat komersial yang sensitif;

·               analisis statistik;

·               menghalang akses dan pengubahsuaian kepada sistem-sistem tanpa kebenaran;

·               untuk memenuhi apa-apa keperluan undang-undang atau kawal selia yang berkaitan dengan penyediaan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kepada pelanggan; dan

·               untuk membolehkan kami untuk memberikan dan mengemukakan data peribadi seperti yang dikehendaki oleh undang-undang kepada badan-badan kerajaan, agensi-agensi, dan pihak-pihak berkuasa tempatan apabila dikehendaki untuk berbuat demikian.

4.              Kami mengumpulkan maklumat terus daripada anda dan melalui laman web kami dan sistem-sistem teknikal yangl lain. Ini mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada kami:

·               rangkaian-rangkaian dan sambungan komputer;

·               CCTV dan sistem-sistem kawalan akses;

·               sistem-sistem komunikasi;

·               sistem-sistem akses jauh;

·               platform-platform dagangan;

·               sistem-sistem e-mel dan pemesejan segera;

·               kemudahan-kemudahan intranet dan Internet;

·               telefon-telefon, mel suara, rekod-rekod telefon mudah alih;

·               perkakasan dan perisian lain yang dimiliki, digunakan, atau disediakan oleh atau bagi pihak kami.

5.              Apabila anda menggunakan laman web kami, kami mungkin mengumpul maklumat tentang anda melalui log-log akses internet, kuki-kuki, dan cara-cara teknikal lain. Butiran-butiran tentang kuki-kuki adalah seperti berikut:

·               Kuki-kuki ialah fail-fail teks yang diletakkan pada komputer anda untuk mengumpul maklumat log internet dan maklumat tingkah laku pengguna. Ini digunakan untuk menjejaki penggunaan laman web, memantau aktiviti laman web dan untuk tujuan-tujuan pemprosesan data lain.

·               Beberapa-beberapa kuki yang kami gunakan adalah penting untuk bahagian-bahagian laman web untuk beroperasi dan telah ditetapkan. Anda boleh memadam dan menyekat semua kuki-kuki dari laman ini, tetapi bahagian-bahagian laman web tidak akan berfungsi.

6.              Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda mempunyai hak untuk mengakses mana-mana data peribadi yang dipegang dan boleh meminta pembetulan mana-mana data peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, atau lapuk, tertakluk kepada sebarang sekatan-sekatan undang-undang dan syarat-syarat kontrak yang berkenaan.

7.              Sebarang data peribadi yang didedahkan melalui laman web ini hendaklah sentiasa disimpan secara sulit. Walau bagaimanapun, data peribadi mungkin didedahkan kepada orang-orang berikut:

·               kepada kami, anak-anak syarikat dan/atau syarikat-syarikat berkaitan berkenaan dengan pembekalan produk-produk atau perkhidmatan- perkhidmatan;

·               mana-mana agensi-agensi kerajaan, pihak-pihak berkuasa berkanun dan/atau pengawal-pengawal selia industri yang kepadanya kami perlu di bawah undang-undang untuk mendedahkan data peribadi tersebut;

·               juruaudit-juruaudit, perunding- perunding, akauntan- akauntan, dan penasihat kewangan atau professional yang lain;

·               kepada pemproses data yang merupakan pihak-pihak ketiga yang mungkin kami mendapatkan untuk memproses data peribadi bagi pihak kami termasuk tetapi tidak terhad kepada storan arkib, pembekal-pembekal perkhidmatan kemasukan data, perkhidmatan sandaran komputer dan perkhidmatan pemulihan bencana; dan

·               kepada pihak-pihak berkuasa yang berkaitan untuk mencegah atau mengesan jenayah.

8.              Jika anda:

·               memerlukan sebarang maklumat lanjut mengenai kenyataan dasar privasi ini;

·               memerlukan akses kepada atau perlu membetulkan sebarang data peribadi yang dipegang dan/atau diproses oleh kami; atau

·               ingin menarik balik persetujuan bagi pemegangan atau pemprosesan data peribadi untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas,

awak boleh menghubungi kami melalui butiran di bawah:

No Telefon:+60379719981

E-mel: info@wenjieco.com

9.              Anda mesti membekalkan data peribadi apabila menggunakan laman web kami. Jika anda gagal atau menangguh untuk memberikan data peribadi apabila diminta untuk berbuat demikian atau jika anda memberikan data peribadi yang tidak lengkap kepada kami, kami berhak untuk berhenti menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan dan produk-produk kepada anda dan menyekat anda daripada menggunakan kemudahan-kemudahan terpilih di laman web kami.

Keselamatan

10.            Sebarang data peribadi yang diterima hendaklah disimpan dengan selamat sama ada secara fizikal di dalam premis pejabat kami atau disimpan dalam pelayan yang dikendalikan oleh kami atau pembekal-pembekal perkhidmatan kami.

11.            Semua langkah-langkah yang munasabah hendaklah diambil untuk melindungi data peribadi daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pendedahan, pengubahan, atau kemusnahan.

12.            Walaupun setiap langkah berjaga-jaga yang munasabah hendaklah diambil untuk melindungi semua data peribadi dari segi perlindungan data peribadi yang dihantar dan dikongsi dalam talian melalui internet, penghantaran data tersebut tidak boleh dijamin adalah selamat dan sebarang perkongsian data peribadi dengan cara ini hendaklah dijalankan atas risiko anda.

Pengekalan

13.            Sebarang data peribadi akan disimpan selagi ia dianggap perlu untuk memenuhi tujuan-tujuan yang disenaraikan di atas atau untuk memenuhi sebarang keperluan undang-undang, kawal selia dan/atau perakaunan, atau untuk menjaga kepentingan-kepentingan kami.

Integriti Data

14.            Ketepatan dan kesempurnaan data peribadi yang dikumpul, diproses, digunakan dan disimpan oleh kami bergantung pada maklumat yang diberikan. Adalah diandaikan bahawa maklumat yang diberikan adalah tepat, terkini, dan lengkap.

15.            Jika sebarang maklumat pihak ketiga diberikan termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat mengenai rakan-rakan, majikan, pekerja-pekerja, rakan sekerja dan/atau keluarga anda, adalah diandaikan bahawa ini adalah tepat, terkini, dan lengkap dan anda telah mendapat persetujuan yang diperlukan untuk mendedahkan perkara yang sama

Lain-lain

16.            Kami berhak untuk mengubah suai atau mengemas kini Kenyataan Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa.

17.            Kenyataan Dasar Privasi ini dan apa-apa yang berkaitan dengannya hendaklah tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Mahkamah-mahkamah Malaysia hendaklah mempunyai bidang kuasa eksklusif ke atas sebarang tuntutan atau pertikaian yang timbul di bawah atau berkaitan dengan Kenyataan Dasar Privasi ini.

18.            Kami mengalu-alukan pandangan-pandangan anda tentang laman web kami dan Kenyataan Dasar Privasi. Jika anda ingin menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau komen, sila hantar e-mel ke info@wenjieco.com atau hubungi kami di +60379719981 atau hantar surat yang dialamatkan kepada kami di 15-2, Jalan 1A/114, Off Jalan Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

(Bawah sengaja dibiarkan kosong)